kasyrani.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Simpan kotak

Ada dua jenis pengguna di dunia. Satu jenis yang menyimpan kotak dan yang kedua, jenis yang tidak. Kotak yang dimaksudkan adalah kotak item yang dibeli. Terutamanya barangan elektronik/elektrik.

Tips hari ini adalah untuk menyaran anda menyimpan kotak bagi setiap item yang dibeli SEHINGGALAH WARRANTY BAGI PRODUK TERBABIT TAMAT. Ianya juga amat berguna sekiranya anda berhajat untuk menjual semula item terbabit sebagai barangan terpakai. Ianya memberikan nilai.

Di dalam bahasa mudah, selepas resit, kotak juga penting sebagai bukti pembelian.

Dan ya, saya juga sentiasa simpankan semua kotak-kotak saya dengan baik dan dibersihkan, err.. sekali sekala :)

 

@bezicto on Instagram

I'm now fond of Instagram. Follow me @bezicto :) More awesome photos to come.
If you don't have an iPhone, you don't have an iPhone :p

 

Jualan sehari saja di Apple Online Store Malaysia

Lekas ke store.apple.com/my untuk tawaran hebat sehari saja ! Khusus untuk 6 Januari 2012 !

 

iPhone - Template kata-kata

Pertamanya, saya tak pasti sama ada iPad juga mempunyai settings yang sama untuk tips yang bakal saya tunjukkan, kerana saya tiada iPad. Belum :)

Tips untuk iPhone ini akan memudahkan anda untuk menginput sejumlah ayat-ayat/kata-kata/frasa-frasa yang panjang-panjang dengan hanya perlu menaip sedikit. Oh, tips ini hanya untuk iOS 5.

Tap Settings > General > Keyboard. Lihat pada item Shortcuts seperti berikut :

Shortcuts yang sedia ada, adalah On my way! sebagaimana di atas. Amat berguna untuk anda jika terlewat bangun dan bos anda bising di pagi buta tanya anda di mana, anda cuma perlu taipkan 'omw' pada teks SMS dan ianya akan automatik akan menaipkan kata-kata 'On my way!' sepenuhnya.

Untuk menambah template bagi shortcuts baharu, cuma tap saja pada Add New Shortcut.. dan inputkan semahunya. Mudah bukan ?

Ruangan untuk frasa di atas mungkin kecil dan nampaknya macam tak boleh menaip panjang-panjang, tetapi percayalah, saya telah gunakannya fungsi ini untuk memudahkan saya menginputkan alamat ofis saya. Ianya seperti tiada had kepanjangan. Tetapi siapa tahu mungkin sebaliknya :)

 

coconutBattery - Ketahui 'nasib' bateri MacBook anda

Bateri laptop adalah sesuatu peranti yang sukar dijangka. Pada zaman moden ini juga masih ramai yang mengosongkan hingga 0% kemudian baharulah mengecasnya (walaupun berulangkali diberitahu kesalahan mereka itu) Oh, tidak mengapalah, mungkin mereka lebih arif dengan alatan mereka itu :)

Hari ini saya hendak memperkenalkan dengan coconutBattery. Versi terkini adalah 2.7.2 dan boleh didapati di laman ini [http://www.coconut-flavour.com/]

Apa gunanya utiliti ini ? Gunanya hanya untuk melihat kapasiti semasa bateri MacBook anda di samping menyimpan rekodnya. Fungsi utiliti ini mungkin tidak signifikan untuk kegunaan harian, tetapi saya sentiasa gunakannya untuk melihat kapasiti semasa bateri MacBook saya dan memantau suhu bateri.

Tahukah anda bateri laptop adalah lebih efisyen di dalam cuaca dingin di bawah pancaran penghawa dingin ? Hehe

Tips penjagaan bateri untuk Macbook ada di sini dan di sini. Boleh digunakan untuk semua laptop juga. Sekiranya anda mahu mengikut.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 34

Quick Edit Login

Who's Online

We have 5 guests online